Tuesday, 28 February 2012

Friday, 24 February 2012

Pesanan Lukhmanul Hakim kepada anak anaknya

25 Pesanan Luqmanul Hakim kepada anak-anaknya: Renung2kan.. 12:00 AM DRS. KHALIL IDHAM LIM 25 Pesanan Luqmanul Hakim kepada anak-anaknya 1. Hai anakku: ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam di dalamnya. Bila engkau ingin selamat, agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan SAMPAN yg bernama TAKWA, ISInya ialah IMAN dan LAYARnya adalah TAWAKKAL kepada ALLAH. 2. Orang-orang yang sentiasa menyediakan dirinya untuk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat penjagaan dari ALLAH. Orang yang insaf dan sedar setelah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemulian dari ALLAH juga. 3. Hai anakku, orang yg merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kpd ALLAH, maka dia tawadduk kepada ALLAH, dia akan lebih dekat kepada ALLAH dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada ALLAH. 4. Hai anakku, seandainya ibubapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang dilakukanmu, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman. 5. Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam. 6. Dan selalulah berharap kepada ALLAH tentang sesuatu yg menyebabkan untuk tidak menderhakai ALLAH. Takutlah kepada ALLAH dengan sebenar-benar takut ( taqwa ), tentulah engkau akan terlepas dari sifat berputus asa dari rahmat ALLAH. 7. Hai anakku, seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seseorang yang telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak melamunkan hal- hal yang tidak benar. Ketahuilah, memindahkan batu besar dari tempatnya semula itu lebih mudah daripada memberi pengertian kepada orang yang tidak mahu mengerti. 8. Hai anakku, engkau telah merasakan betapa beratnya mengangkat batu besar dan besi yang amat berat, tetapi akan lebih berat lagi daripada semua itu, adalah bilamana engkau mempunyai tetangga (jiran) yang jahat. 9. Hai anakku, janganlah engkau mengirimkan orang yang bodoh sebagai utusan. Maka bila tidak ada orang yang cerdik, sebaiknya dirimulah saja yang layak menjadi utusan. 10. Jauhilah bersifat dusta, sebab dusta itu mudah dilakukan, bagaikan memakan daging burung, padahal sedikit sahaja berdusta itu telah memberikan akibat yang berbahaya. 11. Hai anakku, bila engkau mempunyai dua pilihan, takziah orang mati atau hadir majlis perkahwinan, pilihlah utk menziarahi orang mati, sebab ianya akan mengingatkanmu kepada kampung akhirat sedangkan menghadiri pesta perkahwinan hanya mengingatkan dirimu kepada kesenangan duniawi sahaja. 12. Janganlah engkau makan sampai kenyang yang berlebihan, kerana sesungguhnya makan yang terlalu kenyang itu adalah lebih baiknya bila makanan itu diberikan kepada anjing sahaja. 13. Hai anakku, janganlah engkau langsung menelan sahaja kerana manisnya barang dan janganlah langsung memuntahkan saja kerana pahitnya sesuatu barang itu, kerana manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu belum tentu menimbulkan kesengsaraan. 14. Makanlah makananmu bersama-sama dengan orang-orang yang taqwa dan bermusyawarahlah urusanmu dengan para alim ulamak dengan cara meminta nasihat dari mereka. 15. Hai anakku, bukanlah satu kebaikan namanya bilamana engkau selalu mencari ilmu tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubah bagaikan orang yang mencari kayu api, maka setelah banyak ia tidak mampu memikulnya, padahal ia masih mahu menambahkannya. 16. Hai anakku, bilamana engkau mahu mencari kawan sejati, maka ujilah terlebih dahulu dengan berpura-pura membuat dia marah. Bilamana dalam kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkan kamu, maka bolehlah engkau mengambil dia sebagai kawan. Bila tidak demikian, maka berhati-hatilah. 17. Selalulah baik tutur kata dan halus budi bahasamu serta manis wajahmu, dengan demikian engkau akan disukai orang melebihi sukanya seseorang terhadap orang lain yang pernah memberikan barang yang berharga. 18. Hai anakku, bila engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanya sebagai orang yang tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun biarkanlah dia yang mengharapkan sesuatu darimu. 19. Jadikanlah dirimu dalam segala tingkahlaku sebagai orang yang tidak ingin menerima pujian atau mengharapkan sanjungan orang lain kerana itu adalah sifat riya' yang akan mendatangkan cela pada dirimu. 20. Hai anakku, janganlah engkau condong kepada urusan dunia dan hatimu selalu disusahkan oleh dunia saja kerana engkau diciptakan ALLAH bukanlah untuk dunia sahaja. Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih hina daripada orang yang terpedaya dengan dunianya. 21. Hai anakku, usahakanlah agar mulutmu jangan mengeluarkan kata-kata yang busuk dan kotor serta kasar, kerana engkau akan lebih selamat bila berdiam diri. Kalau berbicara, usahakanlah agar bicaramu mendatangkan manfaat bagi orang lain. 22. Hai anakku, janganlah engkau mudah ketawa kalau bukan kerana sesuatu yang menggelikan, janganlah engkau berjalan tanpa tujuan yang pasti, janganlah engkau bertanya sesuatu yang tidak ada guna bagimu, janganlah mensia-siakan hartamu. 23. Barang siapa yang penyayang tentu akan disayangi, sesiapa yang pendiam akan selamat daripada berkata yang mengandungi racun, dan sesiapa yang tidak dapat menahan lidahnya dari berkata kotor tentu akan menyesal. 24. Hai anakku, bergaul rapatlah dengan orang yang alim lagi berilmu. Perhatikanlah kata nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hati ini mendengarkan nasihatnya, hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara kata-katanya bagaikan tanah yang subur lalu disirami air hujan. 25. Hai anakku, ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja, dan nafkahkanlah yang selebihnya untuk bekalan akhiratmu. Jangan engkau tendang dunia ini ke keranjang atau bakul sampah kerana nanti engkau akan menjadi pengemis yang membuat beban orang lain. Sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini serta meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yang engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka. Janganlah engkau bertemankan dengan orang yang bersifat talam dua muka, kelak akan membinasakan dirimu. Dipetik dari blog surau : http://surauat- tarbiyyah. blogspot. com/2008/ 11/25-pesanan- luqman-el- hakim-kepada- anak.html

ADAKAH GAUTAMA BUDDHA ITU NABI ALLAH!!

“Assalamualaikum Ustaz..baru-baru ini saya ada diberitahu oleh kawan saya bahawa Nabi Zulkifli a.s itu adalah Buddha kerana perjalanan hidup kedua-dua tokoh ini dikatakan agak hampir sama. Minta Ustaz kaji kesahihannya..Terima kasih.” Dengan izin Allah SWT, saya membuat sedikit penelitian dan berjaya menyiapkan artikel ini. NABI ZULKIFLI DALAM QURAN Kitab Al-Quran yakni Perjanjian Terakhir menyebut tentang Nabi Zulkifli sebanyak dua kali: “Dan Ismail, Idris dan Zulkifli. Mereka termasuk orang yang sabar.” (Al-Anbiya’ : 85) “Dan ingatlah Ismail, Ilyasa’ dan Zulkifli. Semuanya orang baik.” (Sad : 48) Sangat sedikit maklumat sahih yang kita ada dalam usaha untuk mengenal Nabi Zulkifli. KAITAN ‘ZULKIFLI’ DENGAN ‘KAPILAVASTU’ Nama “Zulkifli” ada persamaan bunyi dengan “Kapilavastu”, iaitu nama tempat kelahiran Gautama Buddha. Hal ini menunjukkan kaitan antara Nabi Zulkifli dengan Gautama Buddha. Nabi-nabi yang disebutkan dalam Al-Quran dari Adam sampai Muhammad saw semuanya berasal dari dunia Arab dan sekitarnya, iaitu dari Iraq di Timur ke Mesir di Barat. Tidak nampak kesinambungannya jika tiba-tiba Nabi Zulkifli dikatakan lahir di Kapilavastu, Nepal. Padahal tokoh-tokoh yang lebih hampir dengan dunia Arab seperti Zarathustra (Iran) dan Krishna (India) pun tidak dinyatakan dalam Al-Quran. Memang ada persamaan akar bunyi “ka fa la” pada “Zulkifli” dan “Kapilavastu”, tetapi hujah ini tidak memadai untuk mengatakan Nabi Zulkifli itulah Gautama Buddha. BUDDHA DALAM AL-QURAN? Dikatakan Gautama Buddha ada diisyaratkan oleh Al-Quran pada Surah At-Tiin. “Demi Tiin dan Zaituun. Dan Tursina (Bukit Sinai). Dan demi negeri yang aman ini (iaitu Makkah).” (At-Tiin : 1-3) Dikatakan “tiin” itu ialah pokok tin dan “zaituun” sebagai pokok zaitun. Pokok zaitun dipercayai melambangkan Jerusalem. Secara tidak langsung ia mengisyaratkan Nabi Isa dan agama Kristian. Sememangnya buah tin dan buah zaitun banyak terdapat di Baitul Maqdis dan sekitarnya. Bukit Sinai mengisyaratkan Nabi Musa dan agama Yahudi. Sememangnya Nabi Musa bermunajat di sini. Makkah pula mengisyaratkan Nabi Muhammad dan agama Islam. Pokok tin? Dikatakan bahawa pokok tin itu ialah pokok bodhi tempat Gautama Buddha (Putera Siddharta) selaku pengasas agama Buddha bermeditasi dan mencapai nirwana (mendapat pencerahan). Oleh itu “tiin” pada ayat itu mengisyaratkan Putera Siddharta dan agama Buddha. PERTAMA : Katakanlah memang benar ayat-ayat di atas mengisyaratkan Nabi Isa, Nabi Musa dan Nabi Muhammad, mereka semua ialah rasul-rasul Ulul Azmi. Kurang cantik nampaknya susunan ayat dalam surah ini kalau rasul-rasul Ulul Azmi digandingkan dengan seorang rasul biasa seperti Nabi Zulkifli ataupun Gautama Buddha. Lebih sesuai lagi jika rasul yang Ulul Azmi juga yang dikaitkan di situ. Barulah nampak kesinambungan ayat-ayat tersebut. KEDUA : Bukit Sinai dan Makkah ialah tempat, sedangkan tin dan zaitun ialah buah. Kelihatan kurang cocok juga. Bagaimana kalau kita katakan yang Tiin dan Zaituun juga ialah tempat? Sememangnya Bandar Tiin dan Zaituun wujud sejak zaman dahulu dan dipercayai berada di Syam oleh sebahagian orang. Jika perkara ketiga (Bukit Sinai) dan perkara keempat (Makkah) yang disebut dalam ayat itu ialah berkaitan tempat, maka lebih mungkin lagi perkara pertama (Tiin) dan perkara kedua (Zaituun) juga merupakan tempat, bukannya buah. Barulah nampak kesinambungan ayat-ayat tersebut. Jika benar ia berkaitan dengan tempat, tidak sesuailah untuk diisyaratkan kepada Gautama Buddha kerana bandar Tiin dan Zaituun bukannya terletak di negara Nepal (tempat asal Gautama Buddha) dan sekitarnya. KETIGA : “Demi Tiin dan Zaituun. Dan Tursina (Bukit Sinai). Dan demi negeri yang aman ini (iaitu Makkah).” (At-Tiin : 1-3) Perhatikan ayat di atas. Tumpukan pada pemisahan yang dibuat antara ayat dengan ayat. Mengapa Tiin dan Zaituun diletakkan dalam satu ayat, sedangkan Bukit Sinai dan Makkah dalam ayat yang berlainan? Ada kemungkinan Tiin dan Zaituun diletakkan dalam satu ayat untuk menunjukkan kehampiran/kedekatan kedua-dua lokasi tersebut. Maksudnya Tiin dan Zaituun terletak berhampiran. Ayat-ayatnya tidak disusun begini : “Demi Tiin. Dan Zaituun. Dan Tursina (Bukit Sinai). Dan demi negeri yang aman ini (iaitu Makkah).” ataupun : “Demi Tiin dan Zaituun dan Tursina (Bukit Sinai) dan demi negeri yang aman ini (iaitu Makkah).” tetapi disusun begini : “Demi Tiin dan Zaituun. Dan Tursina (Bukit Sinai). Dan demi negeri yang aman ini (iaitu Makkah).” Maklumat ini mungkin sekali sesuai dengan pandangan sebahagian orang yang mengatakan Tiin dan Zaituun itu ialah dua bandar yang terletak di Syam, ataupun di tempat-tempat lain. Jika benar begitu, makin malaplah peluang Gautama Buddha untuk dikaitkan dengan Surah At-Tiin ini. Satu perkara lagi, jika benar Buddha disebutkan pada Surah At-Tiin, tetapi hal itu tidak menjadi bukti yang dirinya ialah Nabi Zulkifli. BUDDHA MERAMALKAN KEDATANGAN NABI MUHAMMAD? Kisah Buddha meramalkan kedatangan Maitreya, yang diyakini oleh sebahagian orang sebagai Nabi Muhammad sudah selalu kita dengar dan baca. Oleh itu saya tidaklah mahu memanjangkannya di sini. Kita pendekkan ceritanya. Katakanlah memang benar Buddha seorang nabi dan memang benar dia meramalkan kedatangan Nabi Muhammad, hal ini masih juga tidak menjadi bukti yang Buddha dan Nabi Zulkifli itu orang yang sama. MENCARI PETUNJUK DALAM AL-QURAN “Dan Ismail, Idris dan Zulkifli. Mereka termasuk orang yang sabar.” (Al-Anbiya’ : 85) “Dan ingatlah Ismail, Ilyasa’ dan Zulkifli. Semuanya orang baik.” (Sad : 48) Apa kaitan antara ketiga-tiga nama dalam ayat pertama dan ayat kedua? Adakah petunjuk-petunjuk tertentu padanya? Dari segi tempat, Nabi Ismail di Hijaz, Nabi Idris di Mesir dan Nabi Ilyasa’ di Syam. Ketiga-tiganya masih dalam dunia Arab dan sekitarnya. Nabi Zulkifli? Mungkinkah dia di luar rantau dunia Arab dan sekitarnya iaitu di Khurasan, Rom, India atau lain-lain? WaAllahua’lam. Dari sudut masa, Nabi Ismail hidup sekitar 1900 SM, Nabi Idris sebelum 3,000 SM, Ilyasa’ sekitar 800 SM. Saya belum jumpa apa-apa petunjuk berkaitan zaman hidup. CERITA-CERITA RAKYAT Cerita-cerita rakyat bukanlah sandaran kukuh. Namun begitu kita petik juga sebagai sandaran sampingan. Manalah tahu kalau-kalau ada maklumat-maklumat tertentu yang boleh diketengahkan. Dikatakan sebahagian orang bahawa Nabi Zulkifli ialah anak kepada Nabi Ayyub. Nama sebenarnya ialah Basyar bin Ayyub. Dia menyahut cabaran seorang raja dan berjaya, lalu dia dilantik oleh raja itu sebagai penggantinya. Putera Siddharta pula pada asalnya ialah anak seorang raja, tetapi kemudiannya keluar berkelana dan menjadi seorang sami dan tidak memerintah. Berdasarkan maklumat sampingan ini, nampaknya kehidupan Nabi Zulkifli dan Gautama Buddha berbeza. NABI EZEKIEL/YEHEZKIEL Ada orang percaya Nabi Zulkifli itu ialah Nabi Ezekiel/Yehezkiel sebagaimana yang disebutkan dalam Bible. Untuk memudahkan urusan, kita andaikanlah mereka memang orang yang sama. Jadi tugas kita sekarang ialah meneliti kisah hidup Ezekiel dan membandingkannya dengan kisah hidup Gautama Buddha. Ezekiel dipercayai lahir sekitar 622-623 SM. Tahun kematiannya tidak diketahui. Buddha pula dipercayai lahir sekitar 563 SM. Zaman hidup mereka nampaknya lebih kurang sezaman. Ini satu petunjuk yang baik ke arah menyamakan Buddha dengan Nabi Ezekiel dan seterusnya dengan Nabi Zulkifli. Berdasarkan sumber-sumber Yahudi dan Kristian, secara ringkasnya Ezekiel bin Busi hidup di Palestin dan kemudiannya dibuang negeri ke Babylon. Dia berasal dari keluarga para imam Yahudi. Kebanyakan orang di sekelilingnya memandangnya sebagai seorang yang kurang waras. Beradasrkan sumber-sumber agama Buddha, Putera Siddharta pula hidup di Nepal lalu kemudiannya keluar mengembara. Dia berasal dari keluarga di raja. Kebanyakan orang di sekelilingnya menyanjung dan menghomatinya. Nampaknya kehidupan mereka berbeza. SIAPAKAH KIFLI DARI BANI ISRAIL? Dalam sebuah hadith riwayat Imam Ahmad dan Turmizi, dikisahkan seorang lelaki bernama Kifli yang gemar berbuat dosa dari kalangan Bani Israil. Kifli membayar seorang wanita yang disangkanya biasa menjual diri untuk disetubuhi. Ketika hendak disetubuhinya, si wanita menangis lalu menceritakan itulah kali pertama dia berbuat demikian. Dia terpaksa berbuat demikian kerana sedang dalam kesesakan. Kifli berasa bersalah dan menyesal, lalu melepaskan wanita itu pergi bersama-sama wang yang sudah dibayarnya sebelum itu. Kifli pun bertaubat nasuha. Perbuatan Kifli itu membolehkan dia mendapat keampunan Tuhan. Ibnu Umar berkata, “Aku telah mendengar Rasulullah bersabda : “Adalah Kifli dari Bani Israil. Dia tidak pernah takut mengerjakan dosa. Suatu kali seorang wanita mendatanginya. Kifli membayarnya 60 dinar untuk bersetubuh dengannya. Ketika Kifli telah duduk dalam keadaan seorang suami yang duduk pada isterinya (untuk bersetubuh), wanita itu menangis dan gementar.” Kifli bertanya: “Apa yang membuat engkau menangis? Adakah aku memaksamu?” Wanita itu menjawab: “Tidak, akan tetapi ini adalah perbuatan yang tidak pernah aku lakukan. Aku terpaksa melakukannya kali ini tidak lain kecuali kerana terpaksa." Kifli berkata : “Kamu melakukan ini padahal kamu tidak pernah melakukannya. Pergilah, ambil wang itu untukmu!” Kifli berkata, 'Tidak, demi Allah, setelah ini aku tidak akan melakukan maksiat selama-lamanya." Maka Kifli mati pada malam itu. Pada pagi hari tertulis di pintu rumahnya, ''Sesungguhnya Allah telah mengampuni Kifli.'' (Ahmad, Turmizi) Kifli ini bukanlah Nabi Zulkifli. KESIMPULAN Dengan hanya bersandarkan maklumat-maklumat yang kita perolehi di atas, tentulah masih belum memadai untuk mengatakan Nabi Zulkifli dan Gautama Buddha itu orang yang sama. Kita perlu mencari sandaran-sandaran yang lebih kukuh. Abu Zulfiqar 12 Oktober 2010

Wednesday, 22 February 2012

Solat duha sebagai roh rezeki REZEKI melimpah, halal dan berkat adalah dambaan atau keinginan setiap orang, apatah lagi disertakan dengan kedudukan yang mulia dan ilmu yang bermanfaat. Namun untuk mencapai kenyataan itu bukanlah mudah. Ini kerana wang yang melimpah dan kedudukan yang tinggi bukanlah sesuatu yang dapat membawa serta menjamin keberkatan hidup yang sejati. Ini membuktikan rezeki yang melimpah tidak menjamin kehidupan yang berkat. Rezeki yang melimpah juga tidak menjamin hidup yang harmoni, bahagia dan tenang. Allah berfirman: Sekiranya Allah melapangkan rezeki kepada hamba-hambanya tentulah mereka melampaui batas pada muka bumi tetapi Allah menurunkan apa yang dikehendakinya dengan ukuran tertentu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Melihat keadaan hamba-hamba-Nya. (asy-Syura: 27) Kita sering melihat orang yang diberi rezeki yang melimpah tetapi menggunakan kekayaan mereka bagi mengingkari Allah, membelanjakan pada jalan sesat dan digunakan bagi mencari tempat di neraka. Bukankah itu kebodohan yang nyata? Sedangkan kita selalu diingatkan serta dinasihatkan oleh Allah supaya memakan rezeki yang baik dan jangan mengikut jejak syaitan. Sesungguhnya, syaitan adalah musuh yang nyata. Rezeki yang halal dan berkat dapat membawa manusia menuju ketenteraman hati. Ia juga dapat membawa kemuliaan di sisi Allah. Insya-Allah, kita dapat mencapainya dengan mengerjakan solat duha. Solat Duha adalah solat yang berkait rapat dengan rezeki sama ada dipermudahkan rezeki, rezeki yang diberkati, kemanfaatan rezeki dan pahala yang tinggi nilainya. Manakala di akhirat pula, Allah menyediakan pintu khusus baginya memasuki syurga. Hal ini telah dijelaskan dalam banyak hadis Rasulullah SAW. Nabi pernah berwasiat kepada sahabat terdekatnya iaitu Abu Dzar al-Ghifari supaya melaksanakan solat Duha, solat Witir dan puasa tiga hari dalam setiap tengah bulan. Kekasihku Muhammad berwasiat kepadaku supaya berpuasa tiga hari pada setiap bulan, mengerjakan solat duha dua rakaat dan solat witir sebelum tidur. (riwayat Bukhari, Muslim dan Abu Daud daripada Abu Hurairah) Pun begitu, kita perlu menyedari bahawa solat duha dilakukan bukan semata-mata mengharapkan rezeki, ia dapat mendekatkan diri kepada Allah. Yang pasti, solat duha menambah amal soleh. Malah Allah turut akan mengampunkan dosa-dosa kita, seandainya ia dikerjakan secara istiqamah. Lantaran itu, kekuatan spiritual yang terdapat dalam solat ini mempengaruhi kepentingan duniawi dan ukhrawi. Secara tidak langsung, ia memenuhi dua aspek iaitu kepentingan bagi kejayaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat kelak. Oleh itu, tidak hairanlah mengapa Nabi Muhammad SAW banyak menganjurkan amalan solat duha ini. 38 2

Saturday, 18 February 2012

We provide office carpet cleaning. We will come to your place.

Carpet cleaning is by using extract machine, 
Water + Organic carpet shampoo (non-chemical).

Call for details.

Fithry:  017 4298660
Fithry@doogleonlinne.com

Doogle Online Cleaning Service


Cleaning Service

We provide affordable professional cleaning services to your doorstep such as pre-moving house cleaning, office cleaning, sofa cleaning, drapery and carpet wash. With men and machines, we will deliver satisfaction guaranteed services for you. All tasks will be done by our friendly local cleaning crew. Just take your time to contact us. No need to search anymore because we have all cleaning needs here.
For all services provided by us can be found under About Us. For brief explanation about services and chargers can be found under Rates and Services. We hope that this website will give lots of information about what we do and how to deal with us. Any comment from you is highly appreciated for our further improvement.
For the time being, we only serve in Central Region of Malaysia (Selangor and Kuala Lumpur) which cover Klang Valley and nearby. Our office is at Puchong. Kindly please contact us and let us know where you are.
You may contact us at:
Fithry - 017 4298660
E-mail: fithry@doogleonline.com
Contact us now!!!


Cleaning Service Rates


House Cleaning Rates

House cleaning rates are divided into two categories, which:
1. One-time job
2. Routine job
For one-time job has three (3) packages:
  1. Basic Clean - RM60 (single-storey & apartment), RM120 (double-story & Condo), RM200 (Bungalow)
  2. Detail Clean - RM100 (Single-storey & apartment), RM200 (double-storey & Condo), RM400 (Bungalow)
  3. Clean & Shine - RM250 (single-storey & apartment ), RM400 (double-storey & condo), RM800 (Bungalow)
  4. New house Clean - RM100 (single-storey & apartment ), RM200 (double-storey & condo), RM600 (Bungalow)
Job Scope
Basic cleaning:
  1. Sweep & vacuum
  2. Mop
  3. Tidy Rooms
  4. Clear rubbish
  5. High dusting (spiderwebs)
  6. Clean sink and bathtub
  7. Empty wastebin
Detail cleaning: (suitable for residential house)
  1. Sweep & vacuum
  2. Mop
  3. Tidy Rooms
  4. Clear rubbish
  5. Clean toilet(s)
  6. Wipe furnitures, refrigerator etc.
  7. High dusting (spiderweb)
  8. Wash windows and glass.
  9. Polish sink and tap
  10. Wipe fans and lamps
  11. Clean bathtub
  12. Wipe kitchen cabinet
  13. Empty wastebin
Clean & Shine: (using machines. suitable for new constructed house)
  1. Sweep & vacuum
  2. Mop
  3. Tidy Rooms
  4. Clear rubbish
  5. Clean toilet(s)
  6. Wipe furnitures, refrigerator etc.
  7. High dusting (spiderweb)
  8. Wash windows and glass.
  9. Scrubbing all floor.
  10. Polish sink and tap
  11. Clean bathtub
  12. Wipe fans and lamps
  13. Wall cleaning
  14. Wipe kitchen cabinet
  15. Empty wastebin
All chemicals, equipments and machines will be provided by us.
 
For routine job has several packages:
  1. Twice a month: RM110 (RM55 per session)
  2. Four times a month: RM200 (RM50 per session)
  3. Eight times a month: RM360 (RM45 per session)
  4. Others (will be decided by customers)
Duration hours:
  1. One maid for 4 hours 
  2. Two maids for 2 hours
  3. Four maids for 1 hour
  4. As per your request
Job Scope: Please choose any task
  1. vacuum
  2. wet mops
  3. dust mops
  4. sweeps
  5. clear rubbish
  6. dust furniture
  7. clean toilet
  8. clean kitchen
  9. kitchen cabinet
  10. wash dishes
  11. cooking utensils
  12. tidy rooms
  13. high dusting
  14. exterior
  15. empty wastebasket
  16. transport to disposal rubbish
  17. wash window/glass
  18. door panels
  19. dust window blinds
  20. grill
  21. counter tops
  22. refrigerators
  23. clean rugs/carpets
  24. upholstered furniture
  25. corridors
  26. stairways
  27. fan
  28. sofa
  29. mirror
  30. iron and fold dried items
Customer can choose any task in a job scope as long as all jobs can be done within the duration hours. Extra hours will be charged RM20 per hour.

Carpet and Rugs Cleaning Rates

House Carpet - we will collect from you and return once cleaning done. 
 Size of Carpet (ft) Rate for Thick  Rate for Thin
12 X 12  RM 85 RM 75
10 X 12 RM 70 RM 60
 6 X 9 RM 50 RM 40
 4 X 6 RM 25 RM 20
Transportation charge will be included for minimum order (1 piece)
Office Carpet Rates (wall-to-wall carpet)
RM0.70 per square feet. If the carpet has large area, the rates will be decreased (lump sum).

Friday, 10 February 2012

ASMAZAINAL CATERING




MENU 1


Nasi Minyak ( Basmathi)
Nasi Putih      Pilihan/Tambahan
Daging Rendang Hitam
Tempe Goreng Kicap
Ayam Goreng/Masak Merah
Dhalcha
Buah orange/tembikai
Kueh 3 jenis
Minuman Kordial
Minuman panas - 1 serve
10 set Dome VIP (meja bulat sahaja)
Bubur kacang
HIDANGAN PENGANTIN SAHAJA ( 2 Set, 12 Pax )
Ayam golek
Ikan siakap 3 rasa
Puyuh goreng bercili
Udang goreng
Buah Buahan
Bubur
Air Mineral
Air kordial
Tissue basah
Set  pinggan hidangan pengantin 


RM12.00/pax min800pax



MENU 2

Nasi minyak - menu utama, Beras Basmathi
Nasi Putih      Pilihan/Tambahan
Daging Rendang Hitam
Tempe Goreng Kicap
Ayam Goreng/Masak Merah
Dhalcha
Buah orange/tembikai
Minuman Kordial
8 set Dome VIP (meja bulat sahaja)
Bubur kacang
HIDANGAN PENGANTIN SAHAJA  ( 1-set, 8orang )
Ayam golek
Ikan siakap 3 rasa
Puyuh goreng bercili
Udang goreng
Buah Buahan
Bubur
Air Mineral
Air kordial
Tissue basah
Set pinggan hidangan pengantin 


RM10.00/pax min 500 PAX


MENU 3
Nasi minyak - menu utama, Beras Basmathi
Nasi Putih      Pilihan/Tambahan
Tempe Goreng Kicap
Ayam Goreng/Masak Merah
Sayur Goreng
Daging kari
Buah orange/tembikai
Minuman Kordial
6 set Dome VIP (meja bulat sahaja)
Bubur kacang
HIDANGAN PENGANTIN SAHAJA (1-set, 8orang )
Ayam golek
Ikan siakap 3 rasa
Puyuh goreng bercili
Udang goreng
Buah Buahan
Bubur
Air Mineral
Air kordial
Tissue basah
Set pinggan hidangan pengantin 


RM9.00/pax min800



  1. MENU4 ( menu pilihan )
  2. Nasi minyak - menu utama, Beras Basmathi
  3. Nasi Putih      Pilihan/Tambahan
  4. Daging kari
  5. Tempe Goreng Kicap
  6. Ayam Goreng/Masak Merah
  7. Buah orange/tembikai
  8. Minuman Kordial
  9. 4 set Dome VIP (meja bulat sahaja)
  10. Bubur kacang
  11. HIDANGAN PENGANTIN SAHAJA  1-set, 8 orang 
  12. Ayam golek
  13. Ikan siakap 3 rasa
  14. Puyuh goreng bercili
  15. Udang goreng
  16. Buah Buahan
  17. Bubur
  18. Air Mineral
  19. Air kordial
  20. Tissue basah
  21. Set pinggan hidangan pengantin 

  22. RM8.50/pax min800



MENU 5
Nasi putih
Ayam goreng
daging kari
sayur goreng
ulam
sambal belacan
minuman kordial


RM6.50 




Semua majlis di sertai pekerja beruniform
makan secara BUFFET




Lain lain menu bolih di runding, dimana harga dan jumlah tetamu 
adalah sebagai garis panduan untuk PACKAGE yang tersenarai




Bagi kami di ASMAZAINAL CATERING yang penting jamuan mesti jadi,
HARGA dan MENU bolih diselaraskan dengan BAJET  yang tersedia.


Untuk kemudahan, lain lain keperluan seperti Khemah, Pelamin,  Meja Makan Pengantin dapat kami sediakan. 










RUNDING SAMPAI JADI
JAMUAN KAMI KENDALI






asmazainal catering
<a href="<$BlogItemPermalinkURL$>" title="permanent link">#</a>

Wednesday, 8 February 2012



PANTUN(Protokol) ACARA AKAD NIKAH MELAYU BENGKALIS

Pembawa Acara :

Sekapur Sirih (Pemandu Acara)
Assalamualaikum wr.wb.
Alahamdulillahi rabbil alamin
Walakibatulmuttaqin
Wasalatu wassalam u ala asyrafil anbiya wal mursyalin

Encik –encik
Puan-puan
Tuan-tuan
Yang kecil tak disebutkan nama
Yang besar tak dihimbau gelar
Yang raja dengan daulatnya
Yang datuk dengan kuasanya
Yang penghulu dengan hulunya
Yang Alim Ulama dengan berkitabullahnya
Yang Dubalang kuat kuasa
Yang cerdik dengan ilmunya
Yang Tua dengan tuahnya
YanG Muda dengan tokahnya

Kabar dah bendang kelangit
Berita dan rebak kebumi
Isik-isik lah berbunyi
Karena itulah….
Encik-encik, puan-puan, bapak-bapak, ibu-ibu
Kami jemput kami silakan
Meringan langkah ketempat ini
Berhimpun papat kita disini

Kedatangan
Encik-encik
Puan-puan dan Tuan-tuan
Kami tunggu dengan dada yang lapang
Kami sambut dengan muka yang jernih
Kami terima dengan hati yang suci

Untuk semua itu
Atas nama keluarga Bapak
Saya sampaikan takniah dan setinggi-tinggi terima kasih
Semoga allah swt membalas budi baik
Encik –encik, puan-puan dan tuan-tuan sekalian

Namun dalam pada itu
Entah terdapat salah dan janggal
Dalam menyambut kedatangan
Encik-encik
Paun-puan dan Tuan-tuan
Entah terseralah adab dan cakap
Mungkin tersalah letak dan tegak
Misalnya
Yang patut tidak dipatutkan
Yang patut disebut tak tersebutkan
Yang tua tak dituakan
Yang Alim Ulama tak dimuliakan
Yang beradat tak diadatkan
Yang bergelar tidak disebut gelar
Yang dahulu dikemudiankan
Kami mohon beribu mohon
Kami mohon beribu ampun dan mohon.
Dari jauh kami menunjung duli
Dari dekat kami mengangkat sembah
Dengan menyusun jari sepuluh
Mohon maaf beribu maaf
Telah dibidalkan oleh orang tua-tua
Telah dipantun yang bijak seni
Tak ada tebu yang tak beruas
Tak ada kayu yang tak berbongkol
Tak ada sungai yang bersampah
Tak ada gading yang tak retak
Tak ada manusia yang tak bersifat khilaf

Encik-encik. Puan-puan dan tuan-tuan
Besar langsat ditepi busut
Besar tak muat didalam peti
Besarlah hajat kami menjemput
Menjadi saksi perkawinan dengan

Sudah lama mengikat tudung
Baru kini diampaikan
Sudah lama niat dikandung
Barulah kini disampaikan

Sebagaimana yang tertera dalam jemputan
 (isi tanggal dan bulan saat berlangsungnya acara nikah) ini kita langsungkan
dirumah (isi nama tuan rumah berlangsungnya pernikahan)
Disilahlah tuan pantunkan……..

Penutup Kata : Acara penutup oleh : Pembawa acara (protokol) selesai Doa Perkawinan
Encik-encik
Puan-puan
Tuan-tuan
Sebelum saya mempersilahkan kepada
Encik-encik
Puan-puan
Tuan-tuan
Undangan, jemputan kami yang mulia
Perkenankanlah saya terlebih dahulu
Menutup acara ini
Dengan sekali lagi memohon maaf dan ampun
Sebab selama kami memandu acara ini
Entah kami tersalah tingkah
Entah kami tersalah langkah
Entah kami tersalah sapa
Entah hidangan kami yang kurang garam
Entah penganan kurang rasa
Entah tempat tidak bersifat
Entah adat tidak bertempat

Kini……..
Encik-encik
Puan-puan
Tuan-tuan
Kami lepas dengan muka yang jernih
Kami iringi dengan doa
Dengan dalam dan selawat penuh berkat
Muda-mudahan
Cahaya sampai kepintu
Seri tempat kemuka
Tuah mengikuti sepanjang jalan
Tak ada batang nan melintang
Tak ada rumput yang menjungkat
Tak ada onak yang masuk menusuk
Taka ada tanah yang bertingkah
Sebagai mana datang
Begitu pula saat pulang
Kami jemput kami antarkan
Kemimpinjam kami kembalikan
Kami jemput dengan destar
Kami antar dengan sembah
Kami pinjam dengan tepak
Kami  rangkai dengan doa
Itulah ucap kata hati
Itulah isi hati kami
Tak bermanis mulut dibibir
Tak bermuka dua
Putih didalam putih diluar
Iklas seikhlasnya
Putihnya dapat disuluhi
Pepatnya dapat diduduki

Encik-encik
Puan-puan
Tuan-tuan yang mulia dan berhormat
Kalau ada sumur diladang, bolehlah kami menompang mandi
Kalau ada umur kita panjang, lain waktu berjumpa lagi
Kalau ada jarum yang patah jangan disimpan didalam peti
Kalau ada silap dan salah mohon maaf setulus hati……….

Akhir kita….. wabillahitaufiq wal hidayah……….
Wassalamu’alaikum warahmatullahhi wabarakatuh.


PIHAK PEREMPUAN

1.    Bunga tanjung bunga cempaka
Hiasan sanggul tuan puteri
Kalau ditilik encik yang tiba
Apa gerangan maksud dihati ?

2.    Harum baunya si bunga pandan
Dicampur dengan bunga melati
Kalau sesuai dan sepadan
Tak perlulah berbasa besi

Kedua pihak saling menyorong tepak !

PIHAK LAKI-LAKI

1.    Sirih encik sudah kami makan
Sedap rasanya bukan buatan
Kami datang punya niatan
Untuk menyampaikan beberapa pesan

2.    Pohon sungkai jadi rebutan
Ditaman juga didekat rambutan
Pesan bukan sembarang pesan
Pesan untuk encik usnal yang budiman

3.    Cempedak bukan sibuah nangka
Santapan buat datuk bendahara
Untuk menyampaikan pesan sanak saudara
Kepada siapa kami bisa bicara ?

PIHAK PEREMPUAN

1.    Rambah termasuk luhak lima
Tempat bersemayan sri baginda
Jika encik ingin bicara
Kami inilah yang diberi kuasa

2.    Dari kota lama ke bukit tinggi
Singgah sebentar membeli tenun
Memang benar, ini rumah widyawati
Tempat tinggal calon pengantin puteri

3.    Rokan kiri dan rokan kanan
Tumbuh ditebingnya pohon kumpai
Silahkan ungkapkan jangan segan-segan
Jika ada yang akan disampai

PIHAK LAKI-LAKI

1.    Kami datang dengan rombongan
Datang membawa sedikit hantaran
Pakaian sepersalinan dengan perlengkapan
Disertakan juga juadah dan buah-buahan
2.    Seperangkat alat solat tidak dilupakan
Terkandung maksud serta harapan
Semoga kita dikuatkan iman
Dalam menuju hari kemudian

3.    Burung balam burung selindit
Di jual orang dihari pekan
Jangan dinilai dengan duit
Niat yang ikhlas jadi pengangan

PEREMPUAN

1.    Pergi kesungai memancing ikan
Berteduh dibawah pohon dedap
Bermacam bawaan sebagai hantaran
Begitu dilihat terasa lengkap

Satu persatu barang bawaan diperlihatkan

2.    Datuk bendahara berbaju melayu
Bunyi gendang silih berganti
Hantaran telah diperiksa satu persatu
Tampaknya sesuai dengan janji

3.    Lancang kuning ke lautan lepas
Tali kemudi berpilin tiga
Hantaran diterima dengan hati yang ikhlas
Ucapan terima kasih tidak terhingga

LAKI-LAKI

1.    Tenun siak tenun bertekad
Dibawa orang kenegeri langkat
Kalau encik sudah sepakat
Apalagi ijab qabul sudah dapat diikat

PEREMPUAN

1.    Lancang kuning berlayar laju
Haluan menuju ke muara
Karena kita semua dah setuju
Kita serahkan saja sama Pak kuwa

2.    Bersalaman-salaman tanda terima kasih
Dan selesai
Barang hantaran dibawa ketempat
Yang telah disediakan kecuali mohon 
Pantun Setibanya dimuka pintu rumah pengantin perempuan Setibanya dimuka pintu rumah pengantin laki-laki belum dibenarkan untuk memasuki ruang rumah. Terjadilah pantun berbalas diantara kedua belah pihak. Pihak Laki-Laki : ” Assalamualaikum, wahai Tuan Rumah bolehkah kami masuk ”. Pihak Perempuan : ” Waalaikumsalam Wr. Wb, wahai orang yang berada ditanah. Masuk tu boleh saja, tetapi sebelumnya kami mau tahu apa maksud dan tujuan Kalaulah datangnya baik tentu kami sambut baik kalau datangnya membawa petaka elok tuan balik segera. Pihak laki-laki : Cik Puan ini kura-kura dalam perahu, pura-pura tidak tau. Sudah gaharu cendana pula Sudah tahu bertanya pula Buah pauh selasih sayang Angin menyapa ditengah sunyi Dari jauh kami datang Ingin berjumpa idaman hati Anak gagak tepi perigi Jatuh berlutut berdarah kaki Kalaulah tidak karena hati Rasa tak patut kami kemari Pihak Perempuan : Oooh........begitu, Nampaknya besar sungguh hajat dibawa Tapi, apakah kami boleh percaya dengan kata-kata tuan Maklum ........ sebelum terkena elok waspada Tikar pandan tikar anyaman Tikar ada sejak berjaman Kalaulah benar ucapan tuan Apa taruhan sebagai jaminan Pihak laki-laki : jika begitu yang Puan tanya Kedatangan kami nampaknya masih diragukan Begini sajalah. Perahu berlayar ke Tanjung Tuan Angin bertiup kearah Selatan Apa taruhan yang Puan inginkan Cobalah sebut jangan lah segan Pihak Perempaun : Pasang lilin dalam perahu Perahu sakat melanda pantai Sengaja dihalang pengantin baru Karena syarat adatnya belum selesai Pihak laki-laki : indung-indung si anak kandung Hujan reda cuaca pun terang Kami datang semuanya bingung Mengapa dipintu kami dihalang Kagum melihat kain terhalang Beginikah adat resam melayu Hajat baik kami yang datang Mengapa pula diempang pintu Pihak Perempuan : empang pintu resam melayu Kain panjang dipegang erat Begitulah adat jaman dahulu Pintu diempang menurut adat Ambil sapu dibalik dinding Jangan tunduk jangan menyuruk Tapi kita sudah berunding Adakah dibawa penawar sejuk Pihak Laki-laki : orang melayu masak ketupat Berisi pulut bercampur santan Tapi kan kita sudah sepakat Kami nak masuk mengapa ditahan Jika tuan ketanjung balai Kami dendang senandung Asahan Syarat dan rukun sudahpun selesai Pengantin nak masuk masih ditahan ( utusan laki-laki sedikit mengomel ) Ketasik sudah........ke Penang sudah........ ke kedah pun sudah Hanya kemersing yang belum Merisik sudah – meminang sudah – menikah pun sudah Hanya bersanding saja yang belum Jadi mau apa juga lagi. Pihak perempaun : Bersabarlah dulu tuan Impal larangan tegak berdiri Lengkap pula dengan senjata Jika nak masuk sediakan kunci Barulah pintu dapat dibuka Pihak laki-laki : Menurut adat dan suku sakat Datuk Nenek pernah berpesan Kalaulah pintu dijaga ketat Syarat pembuka tolong tunjukkan Pihak perempuan : Negeri Malaka porak poranda Sejak Hang jebat jadi durhaka Kalaulah pintu hendak dibuka Pakai kunci emas, bukan suasa Pihak Laki-laki : Pisang emas masak setandan Mari letakkan diatas meja Ini kunci emas kami berikan Bukalah pintu dengan segera. Pihak Perempuan : Tunggu dulu tuan, kami hendak melihat Apakah asli atau tiruan Karena syarat telah terpenuhi Dipersilahkan Raja sehari Menjumpai permaisuri Pengantin Laki-laki dibawa oleh Mak Andam duduk dipelamin, kedua mempelai setelah duduk dipelamin dipersilahkan mengambil tempat dimuka pelaminan bersama sanak keluarga melaksanakan makan nasi damai. Upacara bersanding diakhiri dengan upacara menyembah, yang dilakukan oleh kedua mempelai terhadap pihak keluarga dari mempelai laki-laki. diButun banyak orang bertani Orang bergajah Dua beranak Pantun Pembuka pitu selesai disini Kapal berlayarpun sudahlah jejak Asalnya sembilu dari buluh Jika dianyam jadikan tampian Kami menyusun jarinya sepuluh Salah dan silaf mohonlah dimaafkan Menulis syairnya dan pantun dengan bismillah Memohon keampunan kesilapan dan salah Mudah-mudahan kita memperoleh keredhoannya Allah Karena syairnya dan pantun mempunyai masalah Pinggannya jorong mangkukpun jorong Pinggan sabun berisikan minyak Terdapat kejanggalan dan kata-kata terdorong Mohonlah kiranya agar dimaafkan banyak-banyak Kita ini senantiasa sangatlah bimbang Dilalaikan dengan hutangnya piutang Malaikat maut hampirkan dating Entahkan pagi atau petang Buahnya cempedak dan buah nangka Bemban lebat ditepinya lembah Kita tidak menduganya dan menyangka Dengan tiba-tiba kita dipanggil oleh Allah Janganlah lupa kita memujinya Tuhan Supaya rahmatNya dating kasihan Marilah kita ingat kepada Tuhan Nafsunya syaitan hendaklah ditahan Tebanglah tebu panjang pandak Tebunya dibawa pergi ke Malaka Tuntutlah ilmu biarlah banyak Buatnya perlindungan dari api neraka Dua puluh lima Nabi Rasul pilihan Namanya tersebut dalam Al-Qur’an Martabatnya tinggi dilebihkan Tuhan Marilah kita jadikan buat pedoman Muhammad Isa bermainkan sulfa Kelapa gading jatuhnya serentak Manusia tak luput daripada silaf Dan tak ada gading yang tak retak Senantiasa badan kita tergoling Tidak bergerak dan tidak berpaling Adik dan Kakak duduk berkeliling Ada yang menghadap ada yang berpaling Senantiasa badan kita terlentang Tidak bergerak sepertinya batang Sanak famili semuanya dating Ada yang menoleh ada yang memandang Datangnya si’alim dari hulu Mengajarkan kalimah bertalu-talu Hendak menjawab lidah tak lalu Bibirpun berat lidahpun kelu Sakitnya nyawa akan melayang Daripada badan awang dan dayang Mundam seperti mabuk kepayang Rupanya tinggal kasih dan sayang Berhimpunlah kaum kerabat handai dan tolan Memandikan jenazah serta dikapan Kemudian sholat jenazah dilaksanakan Dimasukkan dalam keranda daripada papan Sampai kelubang dibuka papan Diberikan bantal tanah disandarkan Dihantarkan mayat dengan ketetapan Lakunya seperti orang disimpan Ditimbus lubangnya tanah diberi Dua buah pula nisannya berdiri Talqin dibaca serta diajari Bangkitlah mayat menatapnya diri Asam kandis dan asam gelugur Asam paya dan asam iyang-iyang Menangislah mayat didalam kubur Mengingat diri tidak sembahyang Mungkaru nangkir datang segera Merah padam warnanya muka Takutnya itu tidak lagi terkira Dihati nan tidak dapat berbicara Datangnya itu menanyai kamu Engkau ini siapakah Tuhanmu Jikalau salah sedikit jawabmu Kepala dipalu sekalian badanmu Pertama pahala disebutkan dahulu Kepada dosanya sangatlah malu Kariman katabin marah terlalu Diangkat cemarnya lalu dipalu Beribu-ribu itiknya Pak Daud Itiknya yang timpang lajunya berenang Setitik embun jatuhnya dilaut Tidak diduga menjadikan gelombang Musangnya jebat meniti akar Ayam hitam putih dadanya Hujannya lebat gunung terbakar Insyaallah setitik embun padamlah baranya Tidak salah bunganya lembayung Salahnya pandan yang menderita Tidaklah salah bunda mengandung Hanya salah badan buruk pinta Tinggi bukit gunung merembung Gunung talang sandara alu Putusnya benang dapat disambung Putusnya arang bercerai lalu Membawa perahunya dari pecan Belajar mari membawa ikan patin Masa berlalunya tak berguna lagi dikesalkan Terimalah azabnya zahir dan bathin Indang mengindang kepantai nani Berdekatan pantai bujang kelana Syair dan pantunnya hingga disini Mudah-mudahan bermanfaat dan berdaya guna Terbilang Datuk laksamana Raja Dilaut Makamnya berada di bukit Batu Mohonlah diralat mana yang tak patut Agar menghasilkan maknanya yang bermutu Pak Taufiq menjahitnya kopiah Kopiah dijahitnya baldu yang utuh Wabillahi taufiq Walhidayah Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh












Monday, 6 February 2012

<!-- Include the Google Friend Connect javascript library. -->
<script type="text/javascript" src="http://www.google.com/friendconnect/script/friendconnect.js"></script>
<!-- Define the div tag where the gadget will be inserted. -->
<div id="div-5086902216175219416" style="width:276px;border:1px solid #cccccc;"></div>
<!-- Render the gadget into a div. -->
<script type="text/javascript">
var skin = {};
skin['BORDER_COLOR'] = '#cccccc';
skin['ENDCAP_BG_COLOR'] = '#e0ecff';
skin['ENDCAP_TEXT_COLOR'] = '#333333';
skin['ENDCAP_LINK_COLOR'] = '#0000cc';
skin['ALTERNATE_BG_COLOR'] = '#ffffff';
skin['CONTENT_BG_COLOR'] = '#ffffff';
skin['CONTENT_LINK_COLOR'] = '#0000cc';
skin['CONTENT_TEXT_COLOR'] = '#333333';
skin['CONTENT_SECONDARY_LINK_COLOR'] = '#7777cc';
skin['CONTENT_SECONDARY_TEXT_COLOR'] = '#666666';
skin['CONTENT_HEADLINE_COLOR'] = '#333333';
skin['NUMBER_ROWS'] = '4';
google.friendconnect.container.setParentUrl('/' /* location of rpc_relay.html and canvas.html */);
google.friendconnect.container.renderMembersGadget(
 { id: 'div-5086902216175219416',
   site: '12036327668297126255' },
  skin);
</script>

Selamat datang 2012......Asslamualaikum semua reader  dan visitor...terima kasih juga pada pengantin pengantin 2011 semoga berbahagia sehingga keakhir hayat, sokongan saranan dan semua KOMPLAIN kami terima dengan baik semoga dapat kami memperbaiki lagi SERVICE kami  kepada PELANGGAN sedia ada dan BAKAL PELANGGAN kami, kami juga tidak lupa diri dan lena di buai mimpi olih pujian yang kami terima, terima kasih semua...

ASMAZAINAL CATERING  berharap 2012 menjadi tahun yang membawa perubahan kepada semua, kami juga berubah dengan menukar beberapa MENU dan keseluruhannya pada tahun ini kani menggunakan BERAS BASMATHI untuk semua PACKAGE, tidak lagi terpilih pilh seperti sebelumnya.

Ini sebagai tanda terima kasih dan kesyukuran kepada ALLAH diatas rezkinya kepada kami.

ASMAZAINAL CATERING berharap mendapat feedback diatas perkhidmatan kami, sekiranya kurang memuaskan kami memohon KEMAAFAN dan berusaha memperbaikinya, Sekiranya dapat memuaskan tetamu tetamu kami,  kami memanjangkan rasa SYUKUR kepada ALLAH,

SESUNGGUHNYA SEMUA YANG BAIK ITU ADALAH MILIK ALLAH dan SEGALA KEKURANGAN ITU ADALAH KELEMAHAN KAMI


Semoga dapat kita bersama merayakan sebarang KERAIAN bersama...


ASSALAMUALAIKUM

asmazainal katering
7hb februari 2012